Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Pemakanan

Cadangan Menu Makanan Untuk Pengamal Slim Diet II
 
Untuk anda yang mengamalkan Slim Diet II, ini adalah cadangan menu hidangan ketika anda menjalani program diet SD2. Anda perlu lebih kreatif untuk perbagaikan jenis makanan (asalkan tidak memakan kerbohidrat dan gula) supaya kita lebih banyak pilihan dan tidak cepat jemu melihat makanan yang sama setiap hari. Nikmatilah makanan anda sepenuhnya dan ubahlah cara pemakanan yang biasa supaya anda tetap dapat menurunkan berat badan.
 
Buat permulaan, fokus makanan anda kepada  lima (5) jenis lauk pauk ini: ayam/burung, ikan, daging, telor dan makanan laut. Lima jenis makanan ini tiada limit untuk ada makan sehari. Makanan yang lain ada mengandungi karbohidrat dan anda harus kira berapa gm karbohidratnya setiap hidangan untuk anda makan.
 
Sarapan Pagi
 
1.     Telor - Mata Kerbau, Setengah masak, Omelet (campur sausage, bawang, capsicum dan tomato)
2.      Sausage – Rebus, grill, slice kecil dan goring
3.      Burger daging & ayam
4.      Ayam kukus dengan spices
5.      Fish finger/fillet (cari yang chunky kurang tepong)
 
Makan Tengah Hari
 
1.      Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, telor itik dan sayur hijau dalam apa juga cara masakan
2.      Yong tau fu tanpa kuey teow dan jangan ambil kuah coklat yang manis
 
Makan Malam
 
1.      Soup/tomyam ayam, daging, tulang, makanan laut dengan sayur
2.      Sate ayam, lembu, daging, perut etc (kurangkan kuah & jangan makan nasi impit)
3.      Tahu bakar dan sotong kangkung
4.      Western: Chicken chop, Lamp chop, steak (kurangkan kuah & jangan makan kentang)
5.      Sama dengan makan tengah hari
 
Snek
 
1.      Tempe/ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan chili potong (Jangan ambil terlalu banyak dlm sehari kerana tempe masih ada karbohidrat)
2.      Nugget ayam, Drummet, Fish Fingers (perhatikan label kandungan karbohidrat tidak melebihi 35g sehari)

NOTA:
 
1.      Makanan yang diproses seperti sosej, daging burger, fishfingers, nugget ayam, drummet dan seumpamanya masih mengandungi karbohidrat lebihkurang 4 gram setiap keping.Tergantung kepada jenama makanan tersebut.
2.    Makanan dari bahan soya seperti tauhu, tempe, air soya tanpa gula, taufufa tanpa gula dan seumpamanya bukan dari jenis protien isolate dan masih mempunyai 30 gram karbohidrat setiap 100 gram makanan.
3.    Jangan ambil lebih dari 35gram net karbohidrat sehari untuk badan masih membakar lemak.
4. Kalau makan diluar ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi pada kuah blackpepper atau mushroom sos.
5.     Kebanyakan chilli/tomato sos ada kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Baca dulu lebel makanan dibelakang botol tersebut dan lihat berapa kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.
6.  Kuah atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.
7.      Buah-buahan juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Elakkan dahulu sementara berdiet.

PERHATIAN !!!

MENU CADANGAN INI ADALAH PANDUAN UMUM SAHAJA. PEMAHAMAN YANG LEBIH MENDALAM DIPERLUKAN TENTANG JENIS-JENIS MAKANAN BERKABOHIDRAT APABILA ANDA MENGIKUT MENU CADANGAN INI DAN BERAPA BANYAK ANDA BOLEH MAKAN SEHARI. OLEH ITU ANDA HARUSLAH MENDAPAT PENJELASAN TERLEBIH DAHULU DARI PENULIS ASAL & PAKAR PEMAKANAN ANDA SEBELUM MENGIKUT MENU CADANGAN INI SEPENUHNYA ATAU SENTIASA MERUJUK KEPADANYA JIKA TIMBUL SEBARANG KEMUSYKILAN TENTANG PEMILIHAN MAKANAN ANDA. SEKIRANYA TIDAK, ANDA DIMINTA BERTANGGUNG

>> Rujuk SDII Topics Untuk Maklumat Pemakanan Berdiet  SDII Yang lain-lain