Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Jadilah Pengguna Yang Bijak (8) - Jangan Mengambil Produk Yang Mengandungi Rempah (Spices) Yang Tidak Jelas Namanya

Sunday 11 March 2012

Apabila pengguna yang kurang bijak melihat perkataan  bahawa makanan tersebut mengandungi rempah (spices) pada tulisan halus  kandungan  atau nutrisi makanan tersebut, dia mungkin akan terasa teruja untuk mencubanya. Dia mungkin percaya bahawa makanan tersebut mempunyai perbagai rasa semulajadi yang baik dan elok untuk kesihatan.

Namun begitu anda perlu faham bahawa terdapat banyak bahan kimia yang terdapat pada makanan yang diproses sebenarnya boleh dikategorikan sebagai rempah ratus (spices) oleh sesetengah undang-undang pemakanan sesuatu negara tersebut.

Sebenarnya bahan ini bukanlah rempah yang semulajadi dan ia adalah sebenarnya bahan kimia buatan manusia. Jika bahan tersebut mengandungi bawang putih, lada hitam atau rempah ratus lain yang sebenar maka ia akan menyebat nama sebenar rempah tersebut dan bukan setakat menulis rempah atau spices sahaja.

Bahan-bahan inilah yang sebenarnya merosakkan hormone atau mengganggu tidakbalas kimia didalam badan dan menyebabkan badan anda menjadi gemuk dan menjadi susah menurunkan berat badan. 

Sekiranya anda sudah faham maka berhati-hatilah apabila anda pergi membeli-belah pada masa akan datang.