Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Sunday 28 August 2011

Kepada kawan-kawan yang berdiet SD2, saya memperingatkan bahawa semua jenis kuih muih, lemang, ketupat, kuah kacang, lontong dan seumpamanya mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Makanlah dari jenis lauk pauk sahaja untuk badan masih membakar lemak.

Namun begitu saya mencadangkan untuk anda mengambil cuti berdiet selama satu (1) atau dua (2) hari untuk meraikan hari lebaran dan makanlah makanan kegemaran anda secara yang sederhana. Disamping itu tetaplah mengambil SD2 4x sehari untuk menjaga kadar insulin badan anda supaya tidak naik mendadak apabila mengambil karbohidrat dan menjaga supaya berat anda tidak naik.

Masuk hari ketiga (3) maka mulakanlah diet anda semula dan jagalah karbohidrat anda supaya tidak melebihi 35gm sehari untuk badan membakar lemak semula. Saya doakan anda berjaya menurunkan berat badan dan mengekalkan badan yang sihat setelah berpuasa selama sebulan. Jangan rosakkan kesihatan anda dengan mengambil karbohidrat berlebihan setelah kita bersusah payah berpuasa untuk mendapat menafaat kesihatan yang lebih baik.

Akhir sekali, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya, Eid Mubarak & Maaf Zahir Batin.

0 comments:

Post a Comment