Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Bolehkah Stress Menghalang Penurunan Berat Badan ?

Friday 29 July 2011

Bolehkah Stress Menghalang Penurunan Berat Badan ?

Ini adalah salah satu soalan yang saya terima dari peserta latihan berdiet Lean4Life pada hari minggu yang lepas. Saya juga telah memberikan banyak contoh-contoh dimana banyak orang yang tidak mempunyai kesejahteraan mental ketika berdiet dan terlalu tertekan ketika hendak makan atau menimbang badan. Itu sebabnya salah satu topik utama yang kita tekankan didalam latihan tersebut adalah kesejahteraan mental dan sokongan berdiet.

Sebenarnya tekanan memang boleh menghalang penurunan berat badan. Bukan sahaja tekanan boleh menghalang penurunan berat badan tetapi ia boleh juga menyebabkan badan anda naik kembali. Tekanan – yang mungkin disebabkan oleh kurang tidur, pemakanan terlalu rendah kalori dan juga sudah tentu dari masalah kehidupan harian yang kita lalui akan menyebabkan rembesan hormone seperti cortisol dan adrenalin.

Hormon yang dirembeskan oleh sebab masalah tekanan ini akan menghantar pesanan kepada tubuh untuk  memecah jisim otot sebagai tenaga; yang akan menyebabkan metabolism badan menjadi rendah. Ia juga menghantar pesanan yang amat berkesan pada otak untuk kita makan (iaitu fenomena banyak makan kerana tekanan).

Cortisol juga akan memberi arahan kepada tubuh untuk menyimpan lemak dengan banyak dikawasan perut. Oleh kerana diantara tugas cortisol adalah memecahkan bahan kimia tubuh, maka cortisol yang teramat berlebihan akan menyebabkan kesan perlindungan semulajadi didalam badan dengan pengeluaran insulin yang berlebihan juga. Ini menjadikan keadaan dimakan pengeluaran cortisol yang berlebihan akan menjadi salah satu punca badan kita menghidapi keadaan rintangan insulin dan tidak boleh membakar lemak.

Salahsatu sebab lagi kenapa tekanan boleh menghancurkan proses penurunan berat badan kita adalah akibat dari serotonin.  Tekanan akan mengurangkan serotonin didalam badan. Pengeluaran serotonin akan menjadi berkurangan  kerana tekanan disebabkan kurang mendapatkan tidur yang nyenyak dan lena yang diperlukan untuk mengganti dan mengeluarkan serotonin yang cukup. Pada waktu ini kita memerlukan lebih lagi serotonin tetapi keadaan tekanan ini menyebabkan pengeluarannya makin berkurangan.

Mungkin ramai yang belum faham bahawa serotonin (5-hydroxytryptamine, 5-HT ) sebenarnya bukanlah sejenis hormon tetapi ianya adalah sejenis neurotransmitter atau bahan kimia yang menjadi penghubung saraf yang terdapat didalam otak yang juga banyak berfungsi pada bahagian dinding usus, pembuluh darah dan juga ‘central nervous system’.

Terdapat banyak fungsi serotonin ini yang diantaranya adalah mengawal selera makan, tidur, daya ingatan dan pembelajaran, menyeragamkan suhu badan, rasa atau perasaan, fungsi pembuluh darah, pengecutan otot badan, mengawal sistem edokrin dan kemurungan.   

Kekurangan serotonin memang tidak sesuai untuk penurunan berat badan dan memang menjadi salahsatu punca yang terbesar sebab badan kita naik jika anda menghidapi tekanan ketika berdiet.

Apabila kita berdiet maka jagalah kesihatan mental dan perasaan kita dan nikmatilah diet yang kita buat untuk mendapat menafaat yang optima.

0 comments:

Post a Comment